Wednesday 19 October 2016

TAKUT NAK DAFTAR BERSAMA POWERGOLD?

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt
Selamat tengahari. Dah keluar pegi makan tengahari ke? Hari ni sesaja nak berceloteh kat sini. Harap kalian sudi ye teruskan pembacaan hingga titik terakhir. Moga sedikit perkongsian membawa kebaikan dan manfaat buat kita semua.

Kakyun tahu mesti ada antara kalian takut sangat nak daftar bersama POWERGOLD kan?

Macam-macam  fikir kat kepala tu.

Perlu cari downline ke?
Siapa nak beli ?
Nak jual kat sapa?
Saya ni pemalu la
Saya segan la
Saya tak reti bisnes bisnes ni
Nanti kalau orang pm tanya nak cakap apa?

Nak tau sesuatu tak?

Kakyun ni juga sebenarnya pemalu. Nak up status pun tak ada keyakinan mula mula dulu. Pelbagai benda la yang keluar kat otak ni. Risau je nanti apa kawan-kawan, sedara-mara cakap. Emm. Namun, kakyun daftar jugak dengan POWERGOLD. Redah je lah. Peduli apa. Yakin, kalau kita usaha mesti ada hasil. Tak semestinya kita join powergold kita perlu buat bisnes. Kan ke konsep powergold ni ada 3 saving, trading & networking. Sekadar untuk beli emas harga jimat untuk simpanan diri dan keluarga pun boleh je. Bonus la kalau nak buat trading dan networking ni.
InsyaAllah. Tak rugi pun.

Mula-mula post kat pesbuk tentang POWERGOLD, masa tu semua orang tak pandang pun. Rasa macam kita post syok sendiri je. Hihi. sedihkan. Memang krik krik krik je, kalau adapun 5 atau 10 likes je kot. Komen pun tak ada tau. Huhu, sedih. Macam mana lah nak dapat kastemer kalau gitu kann.

Namun kakyun tetap berusaha. Bulan pertama kedua tu, baru nak bagi orang kenal, siapa lah nak pandangkan. Alhamdulillah. Bila dah hari ke hari, bulan ke bulan kita kongsi manfaat menabung emas ni Allah bantu permudahkan. Ada je kawan kawan yang pm bertanya. Lagi-lagi masa harga emas tengah turun dan acah-acah nak naik. Memang boleh jem juga lah henpon comel kakyun ni. Terima kasih henpon beri khidmat kat kakyun.


Buat bisnes ni mula-mula jangan fikir nak untung semata-mata. Bisnes EMAS ni mula-mula kita perlu bina nama dulu, bagi orang kenal dan percaya dengan kita. Hebahkan yang kita ni tokey emas, jual beli emas. 

Hari-hari buka kedai online kita tu, walau tak ada pun orang nak likes atau komen. Orang tak pandang, orang tak layan, tak perlu sentap tak perlu meroyan. Tebalkan muka, tabahkan hati, teruskan usaha. Kita kenat kuat. InsyaAllah Allah bantu, selagi kita tak berputus asa.
Bisnes powergold ni InsyaAllah, kita buat baru kita dapat hasilnya. Bukan setakat nak cakap je, usaha tak nampak tak jadi juga kan. 

TQ ALLAH. ALHAMDULILLAH.






Sampai sini dulu perkongsian kakyun. Moga sedikit perkongsian ini memberi manfaat pada kita semua. Salam sayang.

#KakYunEmas
019-361 5776

1 comment:

  1. Thanks you for the information to bless you sir but download link not working.
    Try This Link
    Also Free Download All resetter Epson l3110 Resetter Download Or Epson Free All Resetter Download free And more Epson resetters

    ReplyDelete