Tuesday 23 August 2016

APA ITU POWERGOLD?

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt
Selamat tengahari. 

 Salam ceria dan senyum selalu di hari Rabu.😊😊 Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa melimpahkan Rahmat dan keberkatannya kepada kita semua. InsyaAllah. Kalian sihat tak hari ni? Doa dari KakYun moga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa. Aamiin.

Orite, hari ni KakYun nak kongsi lagi ye. Ni tengah ada mood la nak menulis. Kalau tak, jenuh bersawang blog ni kan. Sudi-sudikan terus membaca ye.

Apa itu powergold?

Ada ke yang masih was-was dengan powergold.
Powergold ni syarikat yang lakukan urusan jual beli emas. Jual beli sahaja ya, bukan pelaburan. Jangan silap tau. Powergold bukan pelaburan yang menjanjikan pulangan bulan-bulan yang duduk diam goyang goyang kaki dapat duit. No no no.

Powergold adalah, siapa nak beli, kita jual dan anda akan dapat emas. Siapa nak jual, kita beli. Siapa rajin usaha dia dapat, siapa tak rajin, tak dapat. Itu sahaja.

Misi kami adalah menggalakkan anda mula menabung emas serendah 1 gram setiap bulan. Sebab tu lah slogan powergold ni 1 gram 1 bulan 1 keluarga. Ianya masih mampu milik lagi. Tak perlu kita nak menunggu masa yang lama menyimpan ribu-riban untuk beli gram yang lebih besar. Mulakan yang kecil, namun tetap konsisten beli setiap bulan. Itukan lebih bagus.  Ini adalah untuk kebaikan dan masa depan anda juga. Hihi.

Jadi, jangan ragu-ragu ya. Jomm, mulakan tabungan sekarang serendah 1 gram 1 bulan. 

#KakYunEmas
019-3615776



EMAS ITU DUIT SEBENAR

Teks: Norul Badri Daud


Assalamualaikum wbt.
Selamat petang.
 
Bila kita beli emas, sebenarnya duit yang kita guna untuk beli tu dah bertukar ke emas. Kita dapat emas kan? Jadi kita akan rasa sayang nak jual emas kita. Maka, selamatlah duit kita.
Kalau kita pilih untuk simpan duit, sudah tentu duit ni senang terguna. Lagi lagi siapa yang suka shopping. Hari-hari online jew pasti melintas iklan kat newsfeed tu kan. Rambang mata jadinya. Alih alih je "Eh tinggal sikit je duit dalam bank?" Huhu.

Fikir-fikirkan. Renung-renungkan.

 Jadi, mereka yang simpan emas sama ibarat simpan wang. (EMAS ITU DUIT SEBENAR). Bila simpan emas kekayaan lebih bertahan lama malah nilainya semakin meningkat dari masa ke semasa. Makin lama simpan makin tinggi nilainya. Seronok kan?

Bahkan Emas juga aset yang tahan inflasi serta kuasa beli yang kekal dari zaman berzaman.

Mulakan simpanan emas SERENDAH 1gram 1 bulan hari ini.
Boleh wassap KakYun  kita sembang-sembang lebih lanjut. 

019-3615776

Monday 22 August 2016

APA NAWAITU BILA NAK BELI EMAS?

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt
Selamat tengahari semua.

Terima kasih KakYun dahulukan kerana masih sudi bertandang di blog ni. Dah lunch ke? Jangan lupa lunch ye, jaga kesihatan juga walau sibuk bekerja. Okey, jika sudi jomm baca sekejap perkongsian KakYun ni. Tak sampai 5 minit pun ye akak akak abam abam semua. Hari ni KakYun nak tanya ye. 

Okey, apa nawaitu bila kita kata nak beli emas?


Nak untung semata tak nak rugi langsung ke?

Kalau macam tu emosi kita akan mudah terganggu dek turun naik graf. Apa kata tenang tenang saja. Kalau turun Alhamdulillah. Kita boleh tambah gram emas. Haa, kalau naik pun Alhamdulillah pasti senyum meleret kan. Kita boleh simpan je emas kita tu. Simpan, simpan simpan sampai boleh berzakat emas. InsyaAllah.

Emas adalah untuk pelaburan jangka masa panjang dan antara aset simpanan yg terbaik.
Tak ada orang akan tahu berapa banyak emas yang kita ada. Melainkan kita sendiri pi canang kata kita banyak emas.

Mulakan simpanan EMAS serendah 1 Gram 1 Bulan hari ini.

#KakYunEmas
019-3615776

Tuesday 9 August 2016

PAKEJ BARU BERSAMA POWERGOLD

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Sifu ShukriAusome

Assalamualaikum wbt
Selamat tengahari semua.

Dah keluar lunch ke? Hari ni KakYun tak keluar lunch. Jadinya, sempat lah buka sekejap blog kesayangan ni untuk hapdate berita terbaru mengenai powergold.biz

Bagi yang dah lama jadi stokis atau ahli powergold.biz pasti tahu mengenai pengumuman harga baru bagi pakej daftar ahli atau stokis. Pengumuman yang dilakukan CEO Powergold.biz iaitu En. Takiyuddin. Kenaikan berikutan harga emas yang terus-menerus melonjak naik dan kos turut meningkat.
 
KakYun senaraikan kat bawah ye. Ada 4 pakej untuk pilihan. Tak perlu berjuta-juta pun sebenarnya untuk kita bermula sebagai tokey emas online berbanding mereka yang membuka kedai emas fizikal. Pilih yang terbaik dan mulakan langkah pertama kita.




Serendah RM380 dah boleh jadi tokey emas.










Nak bermula namun keliru. Boleh whatsapp KakYun 019-361-5776 kita sembang-sembang. KakYun sedia membantu kalian.

Salam sayang. Jumpa lagi.

Friday 5 August 2016

NAK TAHU SESUATU?

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt
Selamat petang Jumaat yang penuh barakah. Lama tak berkongsi cerita di blog KakYun ni.

KakYun ada join group whatsapp bersama rakan-rakan yang dah lama bersama powergold.biz ni. Alhamdulillah. Banyak betul perkongsian dan ilmu yang diperturunkan kepada kami yang masih bertatih ni untuk terus celik ilmu emas.

Lepas je KakYun hadam ilmu dari group, terus rasa betapa peri pentingnya kita mesti mula menabung EMAS dari sekarang. Alhamdulillah. Dah bermula, walau rasa macam terlewat je.

Kenapa perlu simpan emas? Berbanding wang kertas, rekod dari tahun ke tahun sentiasa menunjukkan kenaikan harga emas. Kenaikan adalah melebihi 25 peratus setahun pulak tu. Tentu ianya sesuatu yang bagus kan.

Nak tahu sesuatu?

Zaman KakYun kawen tahun 2002 dulu, harga emas hanya RM35 per gram saja. Tu pun dah kata mahal dah. Cer tengok sekarang harga RM200 per gram kot. Huii, memang lagi mahal la kan. Nampak jelaskan. Betapa bermanfaatnya kita menabung emas berbanding menyimpan wang kertas. 

Bayangkan tahun 2020 nanti harga emas dijangka melonjak RM503 per gram. Empat tahun saja lagi dari sekarang kan. Jika kita dah bermula menabung serendah 1 gram 1 bulan 1 keluarga seperti slogan yang dilaungkan powergold, tak mustahil kan tika sampai waktu target kita yang sesuai dengan umur anak bakal ke universiti atau kolej dapat ditampung dengan emas tadi tanpa membuat sebarang pinjaman atau hutang. Kita pun tentu lebih tenangkan.



Moga ianya bermanfaat untuk semua. 
Mulalah menabung emas untuk manfaat masa hadapan.
 

#KakYunEmas
019-3615776