Tuesday 26 July 2016

BEKUKAN DUIT RAYA KEPADA EMAS

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi


Assalamualaikum wbt
Selamat petang. Salam 21 Syawal 1437H. Lama ehh KakYun tak menulis disini. Maaf ye pada kalian yang singgah kat sini, namun masih juga baca cerita yang sama. Ibarat kata, raya dah lepas dua puluh satu hari, namun hidangan ketupat rendang tu masih jek yang hari raya pertama. Huishh, dah basi la. Ehh, betul ke betul ni. 

Masih mode raya kan? Boleh lagi kan cerita pasal raya. Ye lah, Kak Yun mohon beribu ampun maaf ye, lambat bebenor nak hapdate kat blog ni. 
Pssst, mama papa yang ada anak kecil tu, tentu anak dapat banyak duit raya kan. Boleh cuba try test. Apa kata tahun ni, tukarkan duit tu dalam bentuk goldbar 1 gram atau syiling 0.5 gram. Harga pun masih mampu milik jika daftar sebagai ahli Powergold.. Dah tukar bagi dorang tengok dan pegang. Haa, pasti anak-anak pun hepi je nampak bling bling emas tu. Duit raya pun pasti terselamat dari kebocoran pada perkara-perkara yang tak berfaedah kan. 

Yang terbaik beli Emas adalah masa kita ada duit. Kalau nak tunggu harga turun atau murah, mungkin masa tu kita dah tak de duit dalam tangan.
Bertindak pantas pasti bertambah gram kita.
Tunggu-tunggu tapi tak juga mula, hasilnya rugi. Harga emas sentiasa menaik walaupun ada naik turunnya.
Simpanlah biarpun sekecil 0.5gram. Manfaat untuk masa depan.

Setuju?
Okey, cukup hari ni KakYun membebel ye. Kalau ada yang berminat nak beli emas boleh call/whatsapp KakYun ye. Takyah malu-malu taw.

 Mai lekaih whatsapp dengan KakYun kita sembang-sembang.
Salam sayang, jumpa lagi.

#KakYunEmas
019-3615776

Monday 4 July 2016

SELAMAT HARI RAYA 2016

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt

Salam 29 Ramadhan. Berbaki sehari saja lagi sebelum raya menjelma. Dalam kemeriahan kita nak sambut raya ni, jangan lupa pada ramadhan bulan mulia yang penuh keberkatan.

 Pada kalian yang mahu pulang beraya di kampung, selamat balik kampung KakYun ucapkan.
Moga perjalanan kalian  semua lancar dan dipermudahkan. Insya Allah. Sambil-sambil memandu tu, ingatlah orang tersayang yang sedang menanti kepulangan anda di kampung. Tak payahlah nak laju-laju sangat. Asyik nak potong orang je kejenya. Memandulah dengan berhemah. Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju.
 
Di kesempatan ini KakYun  ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kalian & keluarga.

Andai ada sebarang kesilapan dan kekurangan KakYun dalam menyampaikan informasi dalam blog ni, mohon maaf dari semua. Moga ukhwah kita tetap terjalin selamanya.

Selamat pulang berhari raya. Pandu cermat, jiwa selamat. Takkan lari ketupat dan rendang yang dikejar itu. Heh!

Selamat hari raya, maaf zahir & batin.
 
Psss: Kalo dapat duit raya jangan lupa tukarkan kepada emas.