Monday 4 July 2016

SELAMAT HARI RAYA 2016

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt

Salam 29 Ramadhan. Berbaki sehari saja lagi sebelum raya menjelma. Dalam kemeriahan kita nak sambut raya ni, jangan lupa pada ramadhan bulan mulia yang penuh keberkatan.

 Pada kalian yang mahu pulang beraya di kampung, selamat balik kampung KakYun ucapkan.
Moga perjalanan kalian  semua lancar dan dipermudahkan. Insya Allah. Sambil-sambil memandu tu, ingatlah orang tersayang yang sedang menanti kepulangan anda di kampung. Tak payahlah nak laju-laju sangat. Asyik nak potong orang je kejenya. Memandulah dengan berhemah. Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju.
 
Di kesempatan ini KakYun  ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kalian & keluarga.

Andai ada sebarang kesilapan dan kekurangan KakYun dalam menyampaikan informasi dalam blog ni, mohon maaf dari semua. Moga ukhwah kita tetap terjalin selamanya.

Selamat pulang berhari raya. Pandu cermat, jiwa selamat. Takkan lari ketupat dan rendang yang dikejar itu. Heh!

Selamat hari raya, maaf zahir & batin.
 
Psss: Kalo dapat duit raya jangan lupa tukarkan kepada emas. 
 
 


No comments:

Post a Comment