Tuesday 27 September 2016

BELI EMAS NI UNTUNG CEPAT KE LAMBAT?

Teks: Norul Badri Daud


Assalamualaikum wbt
Selamat petang semua. Moga ceria dan bahagia dihari ini. KakYun doakan dari kejauhan agar segala urusan kita semua dipermudahkan.

Hari ni terasa nak menulis disini. Sudi-sudi lah kalian baca ya hingga ke titik penamat ya. KakYun suka kongsi manfaat serta kelebihan kita menabung emas berbanding wang kertas. Jangan ada yang jemu dan bosan ya. 

KakYun selalu dapat soalan cepumas.
 " Beli emas ni untung macam mana eh, cepat ke lambat?" 

Dan jawapan kakYun kenapa ye kalau kita labur ASB atau pelaburan lain, boleh jer kita tunggu sampai setahun untuk dapat dividen. Itupun berapa la sangat peratus dividen yang kita dapat kan. Namun bila beli emas kita nak untung cepat cepat. Kalau boleh hari ni beli, esok dah dapat untung.
Sebetulnya, kita perlu faham dulu apa sebab kita simpan emas. Bukan untung menjadi perkara utama yang perlu difikirkan. Sebenarnya emas ni, tak perlu sampai setahun pun dah untung sebenarnya. Tak percaya?

Mulakan simpanan emas kita serendah 1 bulan 1 gram sahaja. Jadikan ia sebagai penanda aras naik atau turun harga emas. Dari pengalaman kakyun sendiri sejak serius mula menabung emas ni, harga memang ada turun naik. Namun ianya tak lama dan akan naik kembali. Harga turun pun kakyun senyum sebab ini peluang untuk tambah aset emas pada harga rendah. Harga naik kakyun senyumlah sebab nilai kekayaan semakin meningkat. Apapun keadaan, jadilah penyimpan emas yang sentiasa senyum.  Nak sentiasa senyum, jom mulakan  simpanan kita serendah 1 gram 1 bulan sahaja dari sekarang.

Jika bukan sekarang mula menyimpan bila lagi kan?

Sampai jumpa lagi. Salam kasih sayang.
#KakYunEmas
019-3615776

Wednesday 14 September 2016

SAYANG PUTERIKU SAYANG

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt.
Selamat petang semua. Moga kita tetap terpelihara dan bahagia dengan rahmat dan nikmat kurniaan Allah.  InsyaAllah.
Rasa cam dah lama tak sharing kat sini. Ada yang merindui tak? 

Petang ni kak yun tak ada lah nak bercerita panjang lebar sangat. Ehh, ye ke tak panjang lebar. Moga korang sudi lah baca sampai ke titik noktah terakhir ya. Cewah. Ni kisah malam semalam. Baru sempat nak hapdate kat sini.

Semalam kemas kemas lah beg tangan. Penuh sangat dah dengan resit-resit belian ntah dari bulan lepas pun ada rasanya. Kakyun memang suka simpan resit. Kikiki.
Dalam dok kemas tu jumpa pulak hadiah dari anakanda puteri tersayang terselit dalam poket kecil bag. Terharu sangat masa terima tu. Walau nilai tak semahal mana. Walau nampak kecil, namun ingatan dari anakanda puteri tu buat kakyun hepi. 😍😍
Dalam diam, dia pi tempah dengan kawan sekolah (dah pandai cari market bisnes budak ni) kikiki. Bayar pun guna duit baki belanja sekolahnya. Terharu sungguh kakyun.
Mentang mentang la mama chantekk gojes dia ni, join bisnes powergold. Dibuatnya rantai kunci macam tu. Suwittt sangat puteriku.😘


Ini lah bentuk rantai kunci tu.

Terima kasih anakanda Puteri Zarifah Sofea. Lebiuuu so much.

Juga kalian yang sudi singgah baca disini.
 Terima kasih daun keladi, ada masa jemput datang lagi.

#KakYunEmas
019-3615776


Wednesday 7 September 2016

CARA SERTAI AHLI POWERGOLD

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Group Emas

Powergold menyediakan 4 jenis Pakej yang boleh disertai. Yuran keahlian adalah sekali seumur hidup. Kalian boleh pilih Pakej yang mana bersesuaian dengan kalian .

PAKEJ GOLD
  • Yuran keahlian / Agen RM380 sekali seumur hidup
  • Percuma Syiling Emas (0.5gram) 999.9
  • Dapat beli emas dengan harga ahli / agen
  • Seminar dan training
  • Komisyen jualan peribadi
  • Komisyen jualan kumpulan
  • Percuma personal web jualan / promosi


PAKEJ SOLID GOLD
  • Yuran keahlian / agen RM450 sekali seumur hidup
  • Percuma gold bar (1 gram)  999.9
  • Dapat beli emas dengan harga ahli / agen
  • Seminar dan training
  • Komisyen Referral
  • Untung runcit RM6-RM20 per gram
  • Komisyen jualan peribadi
  • Komisyen jualan kumpulan
  • Personal web jualan / promosi



PAKEJ STOKIS
  • Yuran keahlian stokis RM3800 sekali seumur hidup
  • Percuma gold bar (5 gram) 999.9
  • Dapat beli emas dengan harga stokis & lelong
  • Seminar dan training
  • Untung runcit RM10-RM26 per gram
  • Komisyen RM4-5 per gram dari belian ahli / agen
  • Komisyen jualan peribadi
  • Komisyen jualan kumpulan
  • Upah key in (pendaftaran) ahli @ stokis RM10-RM100
  • Personal web jualan / promosi

PAKEJ STOKIS
  • Yuran keahlian stokis RM4500 sekali seumur hidup
  • Percuma gold bar (10 gram) 999.9
  • Dapat beli emas dengan harga stokis & lelong
  • Seminar dan training
  • Untung runcit RM10-RM26 per gram
  • Komisyen RM4-5 per gram dari belian ahli / agen
  • Komisyen jualan peribadi
  • Komisyen jualan kumpulan
  • Upah key in (pendaftaran) ahli @ stokis RM10-RM100
  • Personal web jualan / promosi

 #KakYunEmas
    019-3615776 

Tuesday 6 September 2016

PSIKOLOGI TIADA DUIT

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi


Assalamualaikum wbt.
Selamat petang semua. 

Cuaca hari ini redup dan damai sekali. Best.
 Hari ni KakYun nak kongsi lagi ye. Sudi-sudikan lah kalian baca taw.

Kekadang kita rasa `cemas' tak ada duit walhal dalam simpanan kita dah ada bergram gram emas. Padahal kalau terdesak nak guna duit, boleh je jual emas emas tu bila-bila masa atau lebih bagus pajak je di Ar-Rahnu sementara waktu. Nanti tebus la balik.

Inilah sebenarnya mainan psikologi `tak ada duit' untuk elak kita boros berbelanja. Jadi `duit kita simpan' lebih bertahan lama. Nafsu berbelanja yang bukan keperluan juga dapat dielak.

Nak selesai masalah duit selalu bocor?

Jomm tukarkan duit kepada emas. EMAS, mampu beri KESAN EMOSI yang kuat untuk mengumpulnya dan rasa sayang nak jual semula.

Betul ke betul?

Selamat menabung emas. 1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga. MANFAAT masa depan anak cucu kita.
 Sampai jumpa lagi. Salam sayang semua.

#KakYunEmas
     019-3615776   



Friday 2 September 2016

EMAS BUKANLAH BARANG KEMAS SEMATA-MATA

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt
Selamat petang. Hai semua. Salam Jumaat penghulu hari. Tengah watpe tu? Hujan eh. Mesti best kan kalau taim hujan hujan ni duk selubung dalam selimut, hehe. Kat area Kelana Jaya sekarang ni cuma mendung je, belum hujan lagi. 

Petang ni yang mana tengah dok makan cekodok pisang ka dengan air kopi panas (pheww best nya), selubung dalam selimut ka, tengah fefelinng retis Bollywood ka nyanyi dalam hujan. Mai la baca juga apa yang KakYun kongsi ni naa. 

Ni KakYun nak habaq la yang emas ni bukanlah barang kemas semata- mata naa. Namun ianya ada dalam pelbagai bentuk. Ada bar, dinar, syiling juga taw. Kalau dulu kita mesti fikir hanya ada jongkong emas. Rupanya bila dah cekang mata taw ilmu emas ni ada je 0.5g berat yang paling kecik. Juga ada 1gram, 1 dinar, 5gram, 10gram, 2 dinar, 50gram 100gram, 250gram & 500gram.

Pilih je ikut kemampuan poket kita. Haa, lagi termotivasi KakYun bila taw tahun 2020 nanti harga emas bagi segram dijangka mencanak naik sampai RM500 segram. Pheww. Akak abam semua, dah tinggal 4 tahun je lagi nak sampai tahun 2020 tu. Jadi apa yang kita tunggu lagi. Jomm mulakan tindakan sekarang. Takmau nanti dok nangis tepi bucu katil naa nyesal awat la taim RM194 segram cheq tak beli.

No no no. Takyah dok nangis kaji pikiaq lama-lama. Mulakan SEKARANG. Masih mampu milik lagi ni. Tabungan emas pasti berbaloi untuk masa depan.

Apa, tak ada duit?
Alahai akak abam, janganlah selalu cakap tak ada duit. Cakap tu kan satu doa juga.
Kang betul-betul tak ada duit baru tahu. Haru-biru mata hitamku. Ehh, apa KakYun melalut ni.

Sampai sini dulu untuk petang ni. Salam sayang.



Jika betul tak ada modal, boleh je kita main kutu?
Berminat? WhatsApp KakYun naa.

#KakYunEmas
019-3615776

Thursday 1 September 2016

MULAKAN TINDAKAN, KETEPIKAN ALASAN

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt.
Selamat petang. Salam sehati sejiwa.

Sedang hujan lebat sekarang ini. Gelap pekat diluar sana. Guruh petir berdentum-detam. Cewah, macam tulis cerpen pulak. Hehe, ambil masa sekejap submit doa. Petang ni KakYun nak kongsi sesuatu. Sudi-sudikan lah baca hingga habis ye. Tenkiu juta-juta diamonds sebab sudi singgah kat sini.

Bila hujan camni, teringat pula pepatah lama "sediakan payung sebelum hujan". Ehh, kenapa pulak dengan pepatah ni KakYun.

Okey, sebenarnya sedang kecoh sekarang ini kan bank yang terkenal serta ramai pelanggan seperti Maybank, CIMB serta RHB dah mula tutup cawangan di seluruh Malaysia. Ini situasi yang kurang bagus untuk orang macam KakYun ni yang makan gaji. Gaji dah lah tak seberapa. Takut juga bila dengar berita macam ni. KakYun bukanlah pandai bab ekonomi ni, namun rasanya bila berlaku situasi macam ni, memang akan ada kesan yang tak bagus untuk rakyat golongan sederhana macam kita.

Apabila tak bersedia dari sekarang bimbang akan datang semakin runcing jadinya. Hidup meminjam-minjam jika tiada persediaan dari sekarang. Harusnya kita dah tak boleh leka dan rasa selesa dengan apa yang kita ada sekarang. Sebab tu KakYun cuba cari jalan berubah dengan tindakan. Bukan hanya sekadar tunggu dan lihat. 

Apa yang KakYun buat ialah mulakan tabungan emas. Aset yang sangat bernilai, kalis inflasi. Simpan setakat yang mampu dulu. Kalau mampu 1 gram, simpan 1 gram untuk bulan tersebut. Kalau tak mampu 1 gram, cuba juga untuk simpan 0.5 gram. Yang penting gram emas KakYun bertambah.


Alhamdulillah. Bila join powergold ni, beli emas dengan harga ahli. Harga lebih jimat dari harga pasaran. Bonus pun ada. Huii, best kan. Memang berbaloi untuk masa depan. Cumanya perlu istiqamah setiap bulan namun ianya bukan paksaan. Hanya kesedaran diri sendiri. Bukan simpan sebab kakyun kaya banyak duit dan nak menunjuk-nunjuk. Namun untuk tabungan anak-anak kita pewaris masa depan. 

Emas aset yang bagus untuk diwarisi. 
1 Gram 1 Bulan 1 Family

Jomm. Mulakan tindakan, ketepikan alasan.


#KakYunEmas
019-3615776

MULAKAN TINDAKAN, KETEPIKAN ALASAN

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt.
Selamat petang. Salam sehati sejiwa.

Sedang hujan lebat sekarang ini. Gelap pekat diluar sana. Guruh petir berdentum-detam. Cewah, macam tulis cerpen pulak. Hehe, ambil masa sekejap submit doa. Petang ni KakYun nak kongsi sesuatu. Sudi-sudikan lah baca hingga habis ye. Tenkiu juta-juta diamonds sebab sudi singgah kat sini.

Bila hujan camni, teringat pula pepatah lama "sediakan payung sebelum hujan". Ehh, kenapa pulak dengan pepatah ni KakYun.

Okey, sebenarnya sedang kecoh sekarang ini kan bank yang terkenal serta ramai pelanggan seperti Maybank, CIMB serta RHB dah mula tutup cawangan di seluruh Malaysia. Ini situasi yang kurang bagus untuk orang macam KakYun ni yang makan gaji. Gaji dah lah tak seberapa. Takut juga bila dengar berita macam ni. KakYun bukanlah pandai bab ekonomi ni, namun rasanya bila berlaku situasi macam ni, memang akan ada kesan yang tak bagus untuk rakyat golongan sederhana macam kita.

Apabila tak bersedia dari sekarang bimbang akan datang semakin runcing jadinya. Hidup meminjam-minjam jika tiada persediaan dari sekarang. Harusnya kita dah tak boleh leka dan rasa selesa dengan apa yang kita ada sekarang. Sebab tu KakYun cuba cari jalan berubah dengan tindakan. Bukan hanya sekadar tunggu dan lihat. Mulakan tindakan, ketepikan alasan.

Apa yang KakYun buat ialah mulakan tabungan emas. Aset yang sangat bernilai, kalis inflasi. Simpan setakat yang mampu dulu. Kalau mampu 1 gram, simpan 1 gram untuk bulan tersebut. Kalau tak mampu 1 gram, cuba juga untuk simpan 0.5 gram. Yang penting gram emas KakYun bertambah.


Alhamdulillah. Bila join powergold ni, beli emas dengan harga ahli. Harga lebih jimat dari harga pasaran. Bonus pun ada. Huii, best kan. Memang berbaloi untuk masa depan. Cumanya perlu istiqamah setiap bulan namun ianya bukan paksaan. Hanya kesedaran diri sendiri. Bukan simpan sebab kakyun kaya banyak duit dan nak menunjuk-nunjuk. Namun untuk tabungan anak-anak kita pewaris masa depan. 





Emas aset yang bagus untuk diwarisi. 
1 Gram 1 Bulan 1 Family

Jomm. Mulakan tindakan, ketepikan alasan.


#KakYunEmas
019-3615776